Projek Peribadi (Personal Project)

‘Personal Project’ adalah hasil kerja pelajar yang diterjemahkan melalui kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari dalam MYP. Pelajar tingkatan 1 2015 akan menghasilkan satu ‘Personal Project’ ketika di tingkatan 5 2019. ‘Personal Project’ adalah kajian jangka panjang yang memfokuskan kemahiran-kemahiran MYP yang dipelajari dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Setiap pelajar akan dibimbing oleh seorang penyelia. Pelajar diperuntukkan masa selama 25 jam untuk menyiapkan tugasan mereka. Pelajar yang berjaya melengkapkan Personal Project akan diberi sijil MYP. ‘Personal Project’ memberi peluang kepada pelajar menghasilkan sesuatu yang kreatif dan memberi pengukuhan ke atas apa yang dipelajari dalam MYP.  Hebahan berkaitan ‘Personal Project’ akan dibuat dari masa ke semasa oleh Guru.

Tatacara Penyediaan Personal Project :

  1. Pelajar memilih Penyelia yang terdiri dari guru SHAMS.
  2. Pelajar memilih dan menetapkan ‘Global Context’.
  3. Pelajar mengenal pasti ‘Global Context’ yang akan dikaji oleh mereka.
  4. Pelajar mula menyediakan ‘Personal Project.’