MYP : suatu pendekatan unik, relevan dengan masyarakat global hari ini
Tujuan pembelajaran MYP adalah untuk membantu pelajar membina dan membangunkan kefahaman individu, serta menggabungjalin dengan  pendirian dan tanggungjawabterhadap masyarakat. Guru-guru MYP menstrukturkan kurikulum yang bersesuaian dengan mengambil penekanan kepada aspek-aspek:

Teaching and learning in context(Pemudahcaraan dan pembelajaran dalam konteks) Pelajar belajar dengan terbaik melalui pengalaman dan perkaitan dengankehidupan sebenar. Dengan menggunakan Global Contexts, pelajar meneroka identiti sejagat, cabaran-cabaran global dan perkaitannya dengan keperluan international-mindedness.

Conceptual understanding.(Kefahaman konseptual) Sifat konseptual ialah idea utama (big ideas) yang relevan dengan disiplin dan merentasi bidang kumpulan subjekMYP. Pelajar akan menggunakan konsep-konsep ini sebagai alat inkuiri untuk menyelami isu dan idea, signifikasinya secara lokal dan global serta menguji pengetahuansecara menyeluruh.

Approaches to learning (ATL). Suatu pendekatan gaya pembelajaran oleh pelajar yang ada di dalam semua kumpulan subjek MYP. ATL menawarkan asas pembelajarankendiri dan menggalakkan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam konteks luar rutin. Membangun dan mengaplikasikan kemahiran ini sebenarnyadapat membantu pelajar bagaimana untuk belajar.

Service as action (khidmat sebagai tindakan). Tindakan (iaitu pembelajaran melalui amalan dan menimba pengalaman) dan khidmat adalah saling berkait antara satu samalain dan diperlukan sebagai elemen perkongsian nilai dalam komuniti IB. Pelajar boleh bertindak apabila mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah mereka belajar daribilik darjah dan selepasnya. Pelajar diharapkan dapat menunjukkan keprihatinan sebagai ahli masyarakat yang boleh memberikan komitmen berterusan serta menjadikanperubahan suatu perkara yang positif dalam kehidupan mereka, masyarakat dan persekitaran. Program ini boleh dilaksanakan secara Personal Project dan adalah sebahagiandaripada keperluan pembelajaran MYP.

Language and identity (Bahasa dan identiti) – pelajar dikehendaki untuk belajar dan menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa (bahasa arahan/perantaraan dan bahasatambahan pilihan). Belajar untuk berkomunikasi dalam pelbagai medium adalah asas untuk membina kefahaman tentang budaya masyarakat lain tetapi masih utuhmengekalkan jati diri masing-masing.

Pembelajaran MYP oleh pelajar memenuhi keperluan minimum 50 jam per kumpulan subjek bagi tiap-tiap tahun kalendar akademik
Walau bagaimanapun, bagi tingkatan 4 dan 5 pelajar mempunyai pilihan untuk mengambil sekurang-kurangnya enam daripada lapan kumpulan mata pelajaran, yangmenawarkan  lebih fleksibiliti kepada mereka.

KUMPULAN SUBJEK MYP DAN MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN DI SHAMS
(Tertakluk kepada Tingkatan 1 & 2 bagi sesi 2015)

KUMPULAN SUBJEK MYP MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN
LANGUAGE AND LITERATURE

(BAHASA DAN KESUSATERAAN)

 

 Bahasa Melayu
LANGUAGE ACQUISITION

(BAHASA PEMEROLEHAN)

Bahasa Inggeris

Bahasa Perancis

Bahasa Jepun

Bahasa Arab

INDIVIDUAL AND SOCIETIES

(INDIVIDU DAN KEMASYARAKATAN)

 

Sejarah

Geografi

Pendidikan Islam

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

MATHEMATICS

(MATEMATIK)

 

Matematik

SCIENCES

(SAINS)

 

Sains

PHYSICAL AND HEALTH EDUCATION

(PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN)

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
DESIGN

(REKAAN)

Kemahiran Hidup Bersepadu
ARTS

(SENI)

Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Muzik