Profil IB Learner
Matlamat program IB adalah untuk membangunkan potensi pelajar yang berfikiran secara global dalam mencipta dunia persekitaran yang lebih baik dan harmoni.
Pelajar MYP IB akan menunjukkan;
Ingin Tahu
yang mana pelajar akan diterapkan dengan sifat ingin tahu dan suka bertanya dalam membina kemahiran inkuiri dan penyelidikan, serta berkemampuan untuk berlajar secara kendiri atau berkumpulan dengan penuh semangat serta mengekalkan rasa cinta terhadap pembelajaran sepanjang hayat.

Berpengetahuan
Membentuk dan menggunakan pemahaman dan pengetahuan merentasi sempadan dalam bidang yang diceburi  mengenai  isu dan idea baru untuk kepentingan tempatan atau global.

Pemikir
Menggunakan kemahiran kreatif dan inovatif dalam menganalisis dan bertanggunjawab untuk mengambil tindakan kepada masalah yang kompleks dalam menjalankan usaha kaji selidik dan membuat sebarang ulasan yang mempunyai keputusan beritika.

Berkomunikasi
Menunjukkan diri yang penuh keyakinan dan kreatif dengan lebih dari satu bahasa dalam pelbagai cara serta sentiasa berkerjasama dengan berkesan ,  mendengar dengan teliti secara individu dan berkumpulan.

Berprinsip
Bertindak dengan jujur dan amanah dengan kekuatan rasa kesaksamaan dan keadilan serata menghormati hak orang lain diamana saja. Serta juga mengambil tanggungjawab terhadap tindakan dan akibatnya.

Berfikiran terbuka
Amat Menghormati budaya dan sejarah diri sendiri baik sebagai nilai dan tradisi daripada yang lain. Berusaha dan menilai jarak antara pandangan diamana sanggup maju berdasarkan pengalaman.

Mengambil Berat
Menunjukkan rasa Simpati, Belas Kasihan dan menghormati. Mempunyai Komitmen untuk memberi khidmat dan bertindak untuk membuat perubahan positif dalam kehidupan harian dan juga dalam dunia sekeliling.

Pengambil Risiko
mengambil pendekatan dengan ketidapastian sesuatu keputusan dengan menggunakan pemikiran ke kehadapan dan bersunguh-sungguh menyelesaikannya. Melalukan kerja secara berdikari dan berkerjasama untuk meneroka idea baru dan startegi yang inovatif. Pintar dan berdaya tahan dalam mengahadapi cabaran dan peluang yang ada.

Seimbang
Memahami kepentingan dalam keseimbangan pelbagai aspek kehidupan intektual, Fizikal dan Emosi untuk mencapai matlamat kesejahteraan untuk diri sendiri dan orang lain. Mengenalpasti kebergantungan dengan orang lain dalam kawasan sekitar yang didiami.

Mencerminkan
Sentiasa teliti dalam mempertimbangkan hal dunia dan idea-idea serta pengalaman sendiri serta berusaha untuk memahami kekuatan dan kelemahan untuk menyokong pembelajaran dan pembetukan sahsiah diri.