Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Setiap sekolah telah diwajibkan untuk menyambut sambutan ini bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi aspek akademik dan kokurikulum. Oleh itu, pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek (SHAMS) telah mengambil inisiatif dengan mewajibkan para pelajar untuk hadir ke sekolah pada tarikh tersebut. Hari Sukan Negara peringkat sekolah telah diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap pelajar mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Sambutan tersebut telah diadakan dengan jayanya dan berakhir pada tepat jam 1.00 tengah hari.